Tajuk : Jauhi Bahan Kimia dalam Makanan
Jumlah Muka Surat : 112 halaman
Harga : RM 5.00
Kod Buku No: 28
Pengenalan :
Apabila hendak membeli makanan dari pasaraya, cuba awasi dan perhatikan BAHAN PENAMBAH toksid didalamnya.
Sejak sekian lama industri makanan telah menghasilkan pelbagai bahan kimia baru untuk memanipulasi dan mengubah makanan kita. Hampir 3000 bahan penambah dan pengawet digunakan dalam makananhari ini – untuk mniru perisa asli, mewarna makanan agar kelihatan lebih “asli” atau “segar”, mengawet makanan supaya tahan lama, dan menghasilkan roti, biskut, buah-buahan, sayuran, daging, produk tenusu yang diubah dan banyak lagi makanan yang biasa dimakan.
Dalam jangka pendek, sesetengah bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala; melemahkan tenaga dan menjejaskan mental, tingkah laku atau tindak balas imun. dalam jangka panjang, ia meningkatkan risiko kanser, penyakit kardiovaskular dan lain-lain masalah kesihatan.
Pandangan BUKU:
Menurut WHO dan FAO, bahan penambah makanan adalah “sebarang bahan yang biasanya TIDAK dimakan sebagai makanan sengan sendirinya dan biasanya TIDAK digunakan sebagai ramuan dalam makanan,…”
Nyata sekali pengguna perlu menyingkirkan bahan yang boleh membawakan mudarat pada badan.




