kesan TV

Tajuk: Kesan TV terhadap perkembangan anak anda.

Jumlah muka surat: 58 halaman.

Harga: RM 2.50

Kod Buku No: 3

Pengenalan:

Adakah anda mahu melihat anak-anak anda membesar sebagai seorang yang pintar dalm matematik, bahasa atau muzik? Atau mungkin anda mahukan anak anda berjaya disekolah dan menjadi pemikir ketika dewasa kelak?

Jika itulah impian anda, jauhkan anak anda daripada televisyen.

Fakta yang tidak boleh dielakkan, menonton TV boleh menjadikan kanak-kanak kurang cerdik, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang dari berfikir secara mendalam, mencuri masa, mengganggu tidur, merampas waktu bermain dal sebagainya.

Pandangan BUKU:-

Penyeneraian beberapa analisa yang dilaksanakan didalam buku ini ada betulnya terutama dalam situasi masyarakat masakini. hal ini ditambah dengn keterujaan masyarakat dengan produk daripada realiti TV yang semakin berkembang, sehinggakan kanak-kanak turut menjadi mangsanya, secara sedar atau tidak. Komitmen ibubapa didalam memberikan ‘pendidikan sebenar’, melalui pengalaman, pembacaan dan pemerhatian alam sekeliling sebenarnya memudahkan lagi proses pemahaman anak-anak terhadap alam ini.