Jumlah Muka Surat : 56 halaman
Harga : RM 3.00
Kod Buku No: 43
Pengenalan :
Menyelami penyakit sosiobudaya masyarakat bukanlah satu perkara yang mudah. Disamping analisis pemikiran yang perlu dilakukan, kuasa dan faktor luaran yang menyumbang kepada bentuk dan sifat penyakit yang menyerang masyarakaat moden pada hari ini juga perlu difahami.
Selama ini juga pendekatan kita hanya menjurus kepada pendekatan keamanan, ke arah mencari kestabilan, perpaduan, keberaturan, patriotik, keseragaman yang kononnya kita pelbagai kaum. dalam pencarian itu kita tidak sedar bahawa kita sedang memaksa keseragaman menjadi sebuah kesatuan, memaksa perpaduan tetapi menjurus kepada kemabukn hiburan, menyuruh patriotik tapi buta sejarah, memaksa keanekaragaman menjadi keseragaman.
Pandangan BUKU:
Pendedahan pelbagai budaya hiburan yang adakalanya menjejaskan jatidiri dan keyakinan seseorang terhadap bangsanya sendiri berjaya diterjemahkan didalam buku tersebut. Dalam usaha kita memartabatkan bangsa sendiri, adakalanya kita tidak menyedaridan mengangumi akan citra dan budaya sendiri.
