Penampilan


Kosmetik & Produk Dandanan DiriTajuk: Kosmetik & Produk Dandanan Diri, Lebih banyak bahaya & Kesan sampingan

Jumlah Muka Surat: 140 halaman

Harga : RM 6.00

Kod Buku No: 11

Pengenalan:

Buku ini adalah jilid berkembar bagi siri “Bahan Penyebab Kanser” dalam Kosmetik & Produk Kegunaan Harian. jika buku terdahulu memperkatakan mengenai bahan-bahan kimia penyebab kanser, buku ini memfokus kepada bahaya dan kesan sampingan lain yang sama seriusnya terhadap kesihatan.

penelitian terhadap dakwaan yang kebanyakannnya digembar-gemburkan dan cenderung menggoda kengguna supaya membeli dan menggunakan sesuatu produk, dengan memikirkan bahawa ia selamat dan berkesan. Lebih buruk lagi, bahaya produk ini selalunya disembunyikan daripada kita.

kosmetik adalah produk yang kurang dikawal dan akibat kawalan yang longgar, produk yang ternyata membahayakan kesihatan bebas beredar di pasaran.

Panduan ini adalah berdasarkan rencana yang disiarkan dalam Utusan Pengguna (dari Januari 1997 – Mei 1999).

Pandangan BUKU:

terdapat beberapa pertambahan maklumat didalam buku ini berbanding sebelumnya, terutama tips-tip kecantikan yang bersifat alami dan tidak mempunyai bahan kimia. Satu bentuk alternatif yang menyihatkan.

Tajuk: Bahan Penyebab KanserBahan Penyebab Kanser

Jumlah Muka Surat: 88

Keluaran : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Harga: RM 4

Kod Buku No: 8

Pengenalan :

Proses pemodenan yang dinikmati oleh penduduk Malaysia kebelakangan ini banyak diikuti oleh acuan Barat. Malangny kita terdedah kepada dua masalah yang merungsingkan fikiran, pertama peningkatan dalam penggunaan bahan kimia bertoksid dalam kehidupan seharian dan kedua, peningkatan kes-kes kanser di negara kita. Kanser telah menjadi penyebab utama kesakitan dan kematian dinegara kita. Pada tahun1970 jumlah yang dilaporkan ialah sebanyak 6,254 kes. Pada tahun 1996, angkanya meningkat kepada 37,294 iaitu pertambahan sebanyak 496%!

Buat pertama kali di Malaysia dan mungkin di seluruh negara, satu kajian asas untk mendedahkan mengenai bahan-bahan penyebab kanser dalam kosmetik dan produk kegunaan harian dijalankan oleh Utusan Pengguna (akhbar bulanan CAP) pada Disember 1998.

Buku kecil ini adalah kompilasi rencana-rencana yang telah kami muatkan dalam Utusan Pengguna sepanjang kajian ini dijalankan.

Pandangan BUKU:

Tindakan CAP yang mahu memberikan pendedahan kepada pengguna adalah satu usaha yang cukup murni. Pendedahan bahan yang boleh menyebabkan kanser didalam barangan keperluan harian telah meberikan implikasi besar kepada masyarakat. Buku ini telah memberikan petunjuk berdasarkan kajian saintifik dimana produk yang mempunyai bahan berkasinogen terbukti boleh menyebabkan kanser.

Panduan serta jenama yang terdapat didalam buku ini boleh dijadikan panduan kepada pengguna untuk berwaspada sebelum membeli. Petunjuk kategori produk memudahkan pengguna memilih produk yang sihat kepada manusia.

Maklumat yang diberikan juga agak lengkap dan bermanfaat.